Sudi Jadi Teman?

Friday, August 26, 2011

Home » » Sikap Sukar Kikis: Jangan Jadi Pak Turut Sahaja

Sikap Sukar Kikis: Jangan Jadi Pak Turut Sahaja

Salam Jumaat...Readers and Bloggers..

Syawal tinggal 4 hari sahaja lagi huhu. Suasana raya makin terasa. Ramadhan pula semakin menjauh pergi. Persiapan amacam? Ne gembira syawal menjelang ke sedih ramadhan dah nak habis? Harapnya semua mendapat manfaat ramadhan kali ini la hendaknya kankan...

btw, bukan itu yang nak mention hari ini. Nak berkata tentang pak turut yang menjadi penyakit berjangkit. Bahkan di kalangan blogger. Apatah lagi blogger punya kuasa untuk menulis dan menyebarkan maklumat.

Nak je rasanya p bubuh komen bertanya tentang kesahihan maklumat yang disebarkan. Apatah lagi soal agama. Astaghfirullahalazim. Jumpa maklumat yang berdasarkan sebar-menyebar. Alaa..macam surat berantai gitu. Pastu kat ending dia.."SILA SEBARKAN JIKA ANDA SAYANGKAN AGAMA ANDA"....tertanggungkah dosa orang-orang yang anda sebarkan itu nanti? Sendiri pun tak pasti lagi dari dalil mana, hadis mana, surah mana yang menyatakan tentang sesuatu? Selepas itu bersungguh-sungguh pula dalam mempertahan dan menyebarkannya???

Bukan apa, sendiri pun kurang pengetahuan agama. Tapi, kalau kita sebar benda yang tak pasti..agak-agak membantu tak dalam kemajuan agama dan bangsa? Perbalahan sesama sendiri dan lebih teruk lagi melibatkan agama lain. Hanya kerana ada pihak meyakini perkara yang dia sendiri tak ketahui dan menyebarkan kepada orang lain...

Maaflah kalau entri ini mengganggu. Tapi hanya sekadar mengingatkan....Yang lain korang fikirkanlah sendiri..

Peringatan untuk diri sendiri juga...


Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...