Ramai orang kata, zaman sekolah menengah penuh dengan warna-warni kehidupan. Ye la, waktu keremajaan itu sangat terserlah kata orang. Pakwe makwe toksah citer, kalah filem titanic woo...buat filem leh untung berjuta-juta. Tapi sayang, ramai antara mereka yang tak sedar, habis sahaja SPM atau STPM..kehidupan berubah 100 per cent...yang dapat lanjutkan pengajian untung la..yang terkandas pilih jalan yang salah...survival hidup mesti jadi sangat sukar..nak enjoy seperti zaman sekolah? Harap maaf..memang takkan wujud lagi suasana itu.
Kasihan melihat teman-teman sekolah menengah dahulu. Ada yang cun ada yang hensem Giler...Giler pun tak cun dan hensem macam dia hehe. Bila dah macam-macam jadi, jawapan yang boleh kita terima hanyalah "mungkin dah takdir kot". Ha..tula dia tabiat orang kita kankankan....padahal tuhan dah kata, nasib manusia tu takkan berubah selagi orang tu tak nak berubah...
Musti ada orang mengata, ala....ngko dah tahap ne senang cerita la..cuba ngko ada tempat saya sekarang, mesti ngko diam. Nanti aku jawab "dulu aku ajak ngko bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudia taknak"....nanti ada orang terasa lak nanti...
Ehem..sampai disini sahaja. Tengahari nanti nak g raptai Konvokesyen...
Syukur Nikmat.