Sudi Jadi Teman?

Monday, August 8, 2011

Home » » RM2 Bilion: Bonus Penjawat Awam Sempena Hari Raya

RM2 Bilion: Bonus Penjawat Awam Sempena Hari Raya


Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.
Golongan pesara juga akan dibayar RM500.
Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.
” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.   
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


~Ada Orang Guling-guling baca artikel ini hehe~
Comments
1 Comments

1 Sahabat Berkata:

Anonymous said...

terima kasih PM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...