Pagi ini mesti semua sedang sibuk bersiap untuk menyambut raya. Saya pula sedang sibuk menaip buat entri ini. So, direct to da point, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang sedang membaca entri ini. Maaf zahir batin yer..kot-kot ada penulisan yang mengganggu pembaca sepanjang keterlibatan saya dalam blog aka penulisan internet.
Syukur Alhamdulillah, tinggal sejam g akan menamatkan syif sebagai security Kolej Kediaman UPSI untuk sebelah malam. Siang nanti ketika semua orang meraikan hari raya, mungkin saya sedang tidur merehatkan mata yang dah mengantuk sekarang ini. Syukur, semua ini akan menjadi ilmu dan guru yang sangat bermakna dalam mengajar erti hidup di tempat orang [sedey gitu
Laptop, Kopi Kapal Api dan blog sebagai teman...extra cap bagus hehe |
syif bermula di malam raya..orang bertakbir..aku meronda hehe |
cuba teka ini gelas ke berape ne? |
Takbir dari corong radio tepi laptop tak berhenti-henti takbir sejak awal malam semalam sehingga sekarang ini. Akhir kata, Happy Raya Day 2011 kepada semua umat Islam di Malaysia. Raya tu raya juga, jangan lupa ada orang yang tak mampu pun nak sambut raya. Bukan saya, nuu kat negara afrika tu ada yang berpuasa berbulan tanpa raya...syukur kan kita di Malaysia masih mampu berbelanja lebih hari ini..
Itu sahaja, mata dah berpasir.....layan lagu DJ Dave sat...hmmm
satu hari di hari raya...aku menangis tanda gembira..lalala...