Sudi Jadi Teman?

Friday, November 25, 2011

Home » » Pindaan Auku: Mahasiswa Dibenar Berpolitik

Pindaan Auku: Mahasiswa Dibenar Berpolitik


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanaan para mahasiswa.
"Dengan itu, bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1971 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik," katanya.- Sumber




"Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga berpolitik"..mungkin dalam hati sesetengah mahasiswa yang suka bergelumang dengan politikus ne. Honestly, politik dalam konteks Malaysia bukan kegemaran penulis. Kalau hendak dirungkai satu per satu..sah-sah Akta Isa akan diwujudkan semula hehe...

Kebaikan dan keburukan akan terserlah nanti..terpulang pada mahasiswa untuk menggunakan ruang yang ada. Lagipun bukan perkara baru pindaan ini diperjuangkan di seluruh IPT negara.

sama tunggu dan lihat


Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...