Sudi Jadi Teman?

Thursday, November 24, 2011

Home » » Steroid dan Gym: Fakta dan Salah Faham

Steroid dan Gym: Fakta dan Salah Faham

Steroid khususnya digunakan dalam sukan selalu disalah sangka atau disalaherti bagi mereka yang belum tahu atau tidak tahu. Apa yang selalu kita dengar, bila badan besar, berotot..secara automatik golongan yang kurang tahu ini akan melabel mereka dengan "steroid" dalam erti kata yang negatif. Lebih-lebih lagi yang ingin memburukkan nama [hasad dengki], maka dia akan gunakan alasan ini sebagai perkara buruk dalam hidupnya.

Skemanya artikel hehe..Ok guys..let me tell you about fact. Anda boleh cari la kat mana-mana artikel mengenai streroid untuk mengesahkannya ok. Saya kongsikan setakat yang saya tahu.

Steroid hanya disalaherti sebagai khusus untuk bidang sukan sahaja. Salah!, nowadays, banyak bidang lain juga menggunakan steroid contohnya model, tentera, pasukan keselamatan dan bidang yang memerlukan fizikal sebagai sasaran. Mereka sasarkan dosage tertentu untuk sasaran tertentu. Bahkan ada yang menggunakan laporan perubatan untuk penggunaan steroid.

Ok, untuk salah faham yang lebih besar. Steroid tidak akan membuatkan saiz zakar anda mengecil.  The fact is that steroids can make the testicles shrink but not the penis. Beberapa artikel di internet saya baca dan listkan mitos yang lain.


1. Steroid mengakibatkan Kematian
Ok, guys. Steroid adalah sejenis dadah. Bahaya akan berlaku jika anda menggunakannya dalam cara yang tidak betul. Bahkan, jika anda menggunakan ubat-ubatan yang selalu anda dapatkan di hospital [bersumberkan unsur dadah] seperti panadol,aspirin pun boleh mengakibatkan kematian jika digunakan dalam cara yang tidak betul.


2. Mudah Didapati
Ingat jual macam jagung manis kat pasar malam ke. Kecuali jika anda mempunyai preskripsi daripada doktor yang bertauliah, maka anda mempunyai akses kepada steroid bergantung kepada penggunaan anda. Anda boleh sahaja mendapatkan steroid daripada blackmarket berserta dengan risiko yang anda sendiri tanggung.-Sumber


Apakah pilihan saya untuk workout yang lebih selamat. Jawapan bagi soalan ini ialah diet yang seimbang. Harus diingat steroid mungkin memberikan anda extra energy yang membawa kepada extra muscle dalam jangka waktu yang singkat [8 minggu memang dah kaw2], tetapi kebergantungan terhadap steroid akan membawa kesan jangka panjang yang buruk [masalah kardio dan psikologi].


Alternatif untuk bodybuilding? sumber protein lain seperti makanan harian. Telur,susu,daging dan banyak lagi. Kalau ada duit lebih, anda bolehla membeli susu protein seperti whey protein. Harus diingat, kesan menggunakan diet yang seimbang ialah, muscle yang dibina akan lebih tahan,kuat dan sihat.


nak muscle kena workout..tu je kuncinya...





Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...