Tuan-tuan dan puan-puan, abang-abang dan akak-akak, adik-adik sekalian. Ada baca akhbar tak? Kalau tak, meh baca kat sini k. Siapa Presma ne? Presma adalah Pengusaha Restoran Muslim Malaysia. Kalau masih lagi tak faham, bahasa pasarnya ialah kedai mamak. Ada baca entri fasal Kedai Mamak sebelum ne? Dari tadi tengahari nak tulis entri ne tapi tak ada masa. Sekarang baru dapat masa membebel fasal ne hehe.
Macamana dengan mamak supporter macam saya ne? macamana?? macamana??? hehehe. Apapun, kenaikan harga pada Presma pun sama seperti barang-barang yang lain. Alah, sebut la apa sekalipun. Mesti mereka cuba link kan kepada KENAIKAN HARGA MINYAK. Yeah, capital and bold cenggitu!
Muka Tak Setuju Sangat!! |
Memang mulut muncung macam lintah la mereka yang guna alasan ne. Kalau gaji naik tak apa juga kankan. Setakat elaun RM500 tu nak buat apa [tak bersyukur betul pernyataan ini hehehe]. Tapi, kesan kenaikan harga minyak tu bukan sebulan dua btul tak? Kompem naik sampai next pilihan raya [ups terlepas]...
Bukan apa ya tuan-tuan dan puan-puan. Kita adalah pengguna dan kita juga mempunyai hak yang tersendiri. Saya masih menunggu gelombang dari kuasa pengguna ne meruntuhkan niat sesetengah pemberi perkhidmatan menaikkan harga sewenang-wenangnya.