Trend pasangan masakini adalah merakam segala aksi peribadi mereka dan disimpan dalam bentuk softcopy. Apatah lagi dengan kemudahan alat perakam yang ada pada pelbagai alat seperti telefon bimbit dan sebagainya. Tidak dinafikan semua individu akan ada alasan yang tersendiri mengapa rakaman tersebut bernilai bagi mereka. Itu hak masing-masing kan. Rakaman seks video Ariel Peterpan adalah contoh terbaik rakaman peribadi yang tiba-tiba jadi 'bualan hangat' seluruh media.
Apakah sebenarnya keperluan rakaman peribadi tersebut. Perkara ini patut difikirkan bagi pasangan yang mempunyai niat untuk merakam aksi peribadi mereka. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai pengaruh seperti artis, orang kenamaan dan sebagainya. Soal keselamatan file peribadi perlu difikirkan kerana kebocoran maklumat bermaksud "keuntungan" bagi pihak yang lain.
Rumus Jatuhkan Diri Sendiri= Aksi+Rakam+ 'tersebar'= Ber tau buat. |
Tak kira seberapa baik hubungan anda dengan orang di sekitar anda, harus dipertimbangkan bahawa terdapat percentage di mana orang tersebut akan menjatuhkan anda bila ada peluang untuknya melakukan perkara yang berada di luar dugaan anda. Ya, memang benar jika kita berkata kita harus berbaik sangka sesama tetapi bak kata orang 'rambut sama hitam hati lain-lain'.
Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman. Sejauhmana kepentingan rakaman tersebut akan membawa bersama persoalan sejauhmana keselamatan file tersebut sebelum ianya jadi 'pisang panas'. Jika anda bukan artis sekalipun, mahukah rakaman peribadi anda di 'bluetooth' dari henset ke henset yang lain?