Sudi Jadi Teman?

Thursday, December 23, 2010

Home » Indonesia vs Malaysia: Bola Sebagai Sebab

Indonesia vs Malaysia: Bola Sebagai Sebab

Jarang-jarang kita lihat pertemuan antara Malaysia dan Indonesia melibatkan bola di peringkat akhir. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari sahaja perlawanan antara dua pasukan tersebut berlangsung di Stadium Nasional. Saya bukan kaki bola. Tapi atas dasar rasa kerakyatan Kewarganegaraan sebagai Malaysian, saya menunggu perlawanan ini seperti Malaysia melawan vietnam dan pasukan lain dalam game kali ini.

Tertarik dengan petikan daripada Utusan Malaysia Online yang berbunyi:

''Berasaskan pengalaman pada enam tahun lalu ketika kedua-dua pasukan bertemu, pemisahan penyokong antara kedua-dua pasukan harus dilakukan."

 Timbul persoalan, Bila agaknya rasa was-was antara dua benua ini akan hilang. Bukan mahu katakan tugas kita blogger sebagai seorang yang berlagak baik tapi bukankah lebih baik jika ada peringatan sesama sendiri. 

Saya percaya ramai di luar sana yang inginkan kedamaian antara kedua negara berbanding pertelingkahan yang bakal membinasakan. Saya juga percaya bahawa perlawanan ini sangat menarik minat penyokong antara kedua pihak. Cuma, perkara yang diharapkan adalah kerjasama penyokong dan semangat persaingan secara sihat dikalangan pemain dan penyokong sendiri.

Tidak sabar menunggu perlawanan tersebut. Semoga Malaysia tidak menghampakan harapan penyokong bola tempatan yang semakin hilang.

: Bola Itu Bulat
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...