Best dengar lagu-lagu Christmas. Sepertimana saya suka kepada lagu-lagu raya. Saya tidak berkata tentang "siapa antara kita yang betul" atau "siapa tuhan kamu". Saya berkata tentang waktu yang dapat diluangkan bersama keluarga dan sahabat handai pada waktu tersebut.
Perkara yang sangat best ketika Christmas. Emm..banyak movie yang best keluar waktu ini. Teringat waktu kecil-kecil dahulu, setiap hujung tahun akan ada movie kat TV3 yang best-best ditayangkan setiap hujung minggu sempena Christmas. Sudah tentu mesej yang disampaikan juga ada diselitkan unsur ketuhanan bagi umat Kristian dan nilai-nilai yang universal seperti nilai kekeluargaan, kasih sayang dan sebagainya.
Teman-teman beragama Kristian sedang sibuk membuat persediaan menyambut 25 Disember. Cuma, perkara yang menyedihkan apabila harga barang mula naik setiap kali perayaan seperti ini. Tidak kurang juga korban jalan raya huhu.
Setakat itu sahaja. Saya nak kongsi satu video yang berkenaan dengan Christmas ne. Sangat best dan orang yang nyanyi pun best hehe....Klik kat >>>>>Sini<<<<<