Selamat pagi Malaysia. Senyum:) Ingat lagu Malique ft Najwa dalam lagu mereka bertajuk Senyum. Entri fresh di Hari Isnin. Senyum la kat teman sepejabat tu. Stress memanjang?, rest sebentar dan senyum. Mesti hilang stress.
![]() |
Yakiiin je dia senyum kankankan hehe |
Dalam Islam, senyum itu sedekah. Senyumlah seikhlasnya. Dalam kajian saintifik, senyum itu ada banyak faedahnya. Tuhan tak cipta sia-sia. Antara kebaikannya adalah:
- Membuat hubungan lebih ceria, segar dan ianya menggambarkan emosi positif
- Menghindarkan sifat yang bersifat negatif-was-was/kritikan/emosi negatif
- Mengurangkan Stress
- Merupakan tindakan berjangkit. Senyumlah dan orang di sekitar anda akan senyum semula kepada anda