Lama x menulis. Sangat sibuk dengan persediaan berpraktikum. Mental dan fizikal rasanya masih banyak yang perlu diperbaiki.
Terbaca cerita-cerita dalam Mastika beberapa hari lalu. Disajikan dengan pelbagai cerita aneh-aneh dan menggerunkan kadang-kadang. Paling tak suka dengan cerita mistik yang dilebih-lebihkan khususnya oleh warga Malaysia yang kadang-kadang tak rasional dan mengarut.
Ok, tukar topik lak.
Pernah seketika dahulu, sebelum orang tua ku beragama. Ibuku pernah berkata, bahawa datuknya pernah berpesan,
"Seketika nanti langit akan runtuh seperti lantai terbelah dua dan jatuh ke tanah"
Bertahun sesudah itu, sewaktu zaman remaja belasan tahun, Ibuku bermimpi didatangi oleh lelaki yang mengajarnya membaca dalam mimpi. Ayat yang diulang ulang dalam mimpinya ialah:
"Kun Fayakun"
"Jadilah Maka Jadilah Ia"
Ibuku tak mengendahkan mimpi tersebut sehinggalah beragama dan menjumpai ayat tersebut. Segala apa yang tuhan kehendaki akan berlaku. Jadilah Maka Jadilah Ia.
Seketika di Semporna, di bulan puasa, bekalan elektrik masih tidak ada. Ayahku mengajar di sana. Subuh, sebelum sahur, Ibuku pasti terjaga menyediakan juadah sahur. Mana tidaknya, akan ada lelaki berpakaian putih mengejutkannya di bulan puasa. Wallahualam. Tidak dapat dikenalpasti siapa lelaki tersebut.
: Bukan Cerita Mastika...Nanti kita smbung ea..esok nak g Klang..Klaaaaaaang nantikan dakuuuuuuu huhu