Jadi, timbul plak idea ne. Dah lama sebenarnya cuma tak ada tempat nak tulis. Jadi saya dah ada blog, bolehla di perbincangkan disini. Seperti biasa soalan-soalan ini telahpun saya tanyakan kepada ramai orang dan sekarang saya tanyakan kepada semua kaki internet kaki blogger ne.
Persoalannya: Dimanakah letaknya kekuatan Kedai Mamak?
Persoalan yang sangat menarik bukan?. Kalau tak menarik, kenapa pensyarah saya buat kajian yang bertajuk lebih kurang dengan tajuk entry saya, cuma bunyinya mungkin agak ilmiah dan sopan.
Kemungkinan bagi jawapan ini adalah:
- Pada kawah yang digunakan untuk menggoreng (dalam kebanyakan kes, apabila mamak menggoreng satu menu ke menu yang lain/mereka akan menggunakan bekas yang sama) cth-goreng mee goreng dah tu goreng nasi goreng
- Pada rempahnya.-Mengikut pemerhatian saya [korang tak tahu plak mcmana hehe], 90 peratus dari makanan mamak adalah curry [nyumnyum]
- Pada Tekniknya- zup zap zup zap...mee goreng siap...erk..
- Pada servisnya-kalau dikira masanya, mamak cepat siap berbanding "restoran2' yang lain
Roti Tisu Mamak Bahtera..cayalah..lebih bermanfaat dari menara 100 tingkat [ops] |
**nota- Kepada anti-mamak sila abaikan entri ini hehe. Kepada peniaga melayu/bumiputera, ambil iktibar.sekian.