Sudi Jadi Teman?

Thursday, November 18, 2010

Home » » Adinda Besi

Adinda Besi

Entry kali ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mereka-mereka yang berada di luar sana yang masih malu dan segan tapi mahu bermain Gym. Jika ditanya kepada rata-rata pemuda dan pemudi Malaysia, ramai di kalangan mereka yang teringin dan suka untuk membentuk badan mereka. Ada macam-macam tujuan. Ada yang hendak meningkatkan keyakinan diri, ada yang bertujuan nak kurangkan berat badan, dan ada yang terlibat secara profesional dalam bina badan khususnya.

Sebelum apa-apa saya nak katakan disini, saya tak la berbadan besar dan ini bukannya tutorial untuk besarkan badan [hehe]. Hanya sebagai pembuka mata kepada adik-adik dan abang-abang yang berada di luar sana yang mungkin berminat dengan hobi ini. Saya katakan sebagai hobi kerana saya sendiri tak main bola, tak main badminton, tak main pingpong, tak main tenis. Pendek kata saya bukan orang yang bersukan pada awalnya. Sekarang saya bersukan. Satu-satunya sukan saya ialah..jeng...jeng....

Membina badan hehe. Respek kat sazali ne. Sayang badan orang asia kecik-kecik. Kalau tak dia dah menang dah Worl punya tournament. Tapi tak apa, sebab bina badan ada banyak tujuan. Saya punya untuk keyakinan diri la. Lepas ne jadi cikgu dah [insyaallah] so, keyakinan kena penting. Budak-budak zaman sekarang dah lagi advance. Nak jadi GTO [great teacher onizuka] hehe.

btw, bagi mereka yang berminat tu toksah malu2 pegi Gym. Ubah mentaliti tu. Saya melihat di UPSI [tmpt saya] sendiri, ramai yang minat tapi malu dengan pandangan orang ramai yang terus membantutkan niat tersebut. Saya gerenti kat Gym nanti, otai2 yang selalu bermain gym tak kedekut ilmu dan tak sombong [mengikut pengalaman saya]. Ingat lagi first time pegi Gym. Berat mencecah 80 kilo. Pinggang toksah cerita, dah boleh jadi lapik kereta dah.

Entry-entry akan datang nanti kita share la cerita macamana nak buat untuk permulaan. Sebab saya pun masih baru dalam gym ne. Kot-kot share ilmu ne tuhan bagi badan saya cepat besar hehe. Saya percaya ramai di luar sana yang berminat dalam senaman jenis ini. So, mereka yang belum bermula...sila mulakan ya.

Jumpa lagi.Chiao~
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...