Sudi Jadi Teman?

Monday, November 28, 2011

Felda Besout To Remember: Durian Trip

Bangun seawal pagi untuk ke Felda Besout. Mencari durian. Nasibla ada member. Ikut la juga menyibuk p cari durian. Kali ini di Felda Besout..sambil snap gambar..tangan tak reti berhenti..


Mr. Lalat@Langau hehe

Bunga apa namanya ne?

Susah payah nak close Up Mr. Rango ne

Cikgu merangkap Ust Hafizan

Mr. Khairul @ Puterachini



Aumm-aumm!!! Joo Lazuardi

Parasitisme:)

Baru jatuh..memang gas power giler...

Insyaallah..akan bertemu lagi hehe

Another close Up Mr. Rango
Tu je la. Malas nak entri panjang-panjang. Emm..ingat nak buat blog untuk bubuh gambar sahaja.. Ok ke macam tu?...ke ada platform lainyang lebih best ek.gambar blog masuk account Picasa kan....

Btw, terubat rasa mengidam durian...Nak rasa suasana kampung pun dah terlaksana..Emm..Esok keje...tetiba rasa tak best lak hehe...

bubuh gambar banyak-banyak..biar blog slow  hehe

Sunday, November 27, 2011

Ini Otai Sebenar: Cakap Tulis semua Berisi

Nak Kenal?...Meh tengok ne. Sampai habis Ok...



Ok. Impressed?..sekarang Lihat Penulisannya di Blog Beliau Disini

...tiada agenda politik..hanya menghormati keilmuan Beliau..

Saturday, November 26, 2011

Eh..Dulu kata Ya-Ya...

Tu la zaman sekarang. Lip Lap. Flip Flop. Meh Layan gambar..

ini nama dia selipar...hehe

ini nama dia oren..opocot..entri sampah..

Cinta Luna, Ariel putus: Berkat Cinta Sejati?


JAKARTA: Kisah cinta antara Luna Maya dengan Nazriel Irham atau Ariel, dikatakan telah berakhir. Benarkah?
Khabar angin mengenai hubungan mereka itu tersebar kerana bintang filem ‘Janda Kembang’ itu sudah tidak melawat kekasihnya di Penjara Rutan Kebon Waru di Bandung. 
Bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan oleh pengurus kumpulan Peterpan, Budi Soeratman yang menganggap sikap Luna Maya bukanlah alasan yang pasangan kekasih itu putus.

Tetapi, lain pula kenyataan yang diberikan oleh Luna ketika menjadi pengacara rancangan Dahsyat RCTI, kelmarin.

“Jodoh itu di tangan Tuhan. Kalau jodoh, tak ke mana. Jadi, tak apa. Biarkan masa saja yang menentukan,” katanya.

Namun, seorang teman rapat Ariel mengesahkan hubungan mereka putus.

“Betul, hubungan mereka putus dan Luna sudah dua bulan tidak menjenguk Ariel di penjara,” katanya.

Hubungan asmara antara Luna dan Ariel memang menarik. Selain khabar mengenai hubungan kereka yang sudah putus, mereka pernah memeranjatkan tanah air dengan video seks yang tersebar luas. - KL (Sumber)



Sudah dijangka mesti ada something wrong yang akan berlaku. Teringat lagi sewaktu awal kemunculan Ariel Peterpan. Habis semua kedai jual lagu dia ne. Siap beli CD RM 19.90 sen. Album Untuk Sahabat Peterpan. Mungkin beliau ne pun dah silap langkah sampai dah jadi macam ne. Tuhan dah nak bagi tunjuk kuasa Nya. Glamour, Kaya, Nama semua boleh hilang macam tu sahaja. 

Pompuan-pompuan tu ape cer?

Usha Blog Dapat Idea

Menarik tak gitu,? itulah peranan blogwalking, stalker-ing dan macam-macam ing. Ada yang usha blog cikai gua ker hehe... keperasantanan kelapa tua gitu. Adoih, penat dah baca blog malam ne.Esok-esok la sambung. Macam-macam kat blog ne. Tak payah cari luar g....

Jeng jejeeeng hehehe...
Siti kata Biarlah Rahsia gitu...

Friday, November 25, 2011

Menang Dipuji: Kalah Dimaki

Memetik kenyataan Fakri pemain kebangsaan di Kosmo "Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik" jelas menunjukkan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir penyokong yang bersikap kurang adil terhadap corak permainan yang ditunjukkan beliau semasa menentang Syria.

Persoalannya sampai bila sikap penyokong seperti ini akan menghantui pemain-pemain negara yang menggalas tanggungjawab berat ketika menentang pasukan lawan. Jika berterusan, pemain boleh menjadi fed up dengan etika penonton yang bersikap 'menang dipuji: Kalah Dimaki'.

Jika saya berada di tempat Fakri dan gagal menyudahkan peluang yang ada, pasti akan memberikan jawapan yang sama kepada penonton. Andaikan jika Anda yang gagal? Ada jawapan yang lebih baik?

Coach kebangsaan, Ong Kim Swee dan Datuk K. Rajagopal turut terkena tempias dengan tuduhan dan tohmahan. Mereka juga rasanya tidak sewenang-wenangnya mengizinkan pasukan negara tumpas di tangan kumpulan lain.

Begitu lah senario bolasepak negara sekarang. Realitinya, etika penonton juga harus ditingkatkan kerana penonton juga merupakan antara sumber kekuatan pemain ketika berada di atas gelanggang. Bukannya bersikap tidak profesional dengan mengatakan bahawa si polan, si anu or si blabla tidak pass or main tak menjadi or tidak menyudahkan.

minda kelas ketiga???

Pindaan Auku: Mahasiswa Dibenar Berpolitik


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanaan para mahasiswa.
"Dengan itu, bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1971 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik," katanya.- Sumber




"Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga berpolitik"..mungkin dalam hati sesetengah mahasiswa yang suka bergelumang dengan politikus ne. Honestly, politik dalam konteks Malaysia bukan kegemaran penulis. Kalau hendak dirungkai satu per satu..sah-sah Akta Isa akan diwujudkan semula hehe...

Kebaikan dan keburukan akan terserlah nanti..terpulang pada mahasiswa untuk menggunakan ruang yang ada. Lagipun bukan perkara baru pindaan ini diperjuangkan di seluruh IPT negara.

sama tunggu dan lihat


Thursday, November 24, 2011

Steroid dan Gym: Fakta dan Salah Faham

Steroid khususnya digunakan dalam sukan selalu disalah sangka atau disalaherti bagi mereka yang belum tahu atau tidak tahu. Apa yang selalu kita dengar, bila badan besar, berotot..secara automatik golongan yang kurang tahu ini akan melabel mereka dengan "steroid" dalam erti kata yang negatif. Lebih-lebih lagi yang ingin memburukkan nama [hasad dengki], maka dia akan gunakan alasan ini sebagai perkara buruk dalam hidupnya.

Skemanya artikel hehe..Ok guys..let me tell you about fact. Anda boleh cari la kat mana-mana artikel mengenai streroid untuk mengesahkannya ok. Saya kongsikan setakat yang saya tahu.

Steroid hanya disalaherti sebagai khusus untuk bidang sukan sahaja. Salah!, nowadays, banyak bidang lain juga menggunakan steroid contohnya model, tentera, pasukan keselamatan dan bidang yang memerlukan fizikal sebagai sasaran. Mereka sasarkan dosage tertentu untuk sasaran tertentu. Bahkan ada yang menggunakan laporan perubatan untuk penggunaan steroid.

Ok, untuk salah faham yang lebih besar. Steroid tidak akan membuatkan saiz zakar anda mengecil.  The fact is that steroids can make the testicles shrink but not the penis. Beberapa artikel di internet saya baca dan listkan mitos yang lain.


1. Steroid mengakibatkan Kematian
Ok, guys. Steroid adalah sejenis dadah. Bahaya akan berlaku jika anda menggunakannya dalam cara yang tidak betul. Bahkan, jika anda menggunakan ubat-ubatan yang selalu anda dapatkan di hospital [bersumberkan unsur dadah] seperti panadol,aspirin pun boleh mengakibatkan kematian jika digunakan dalam cara yang tidak betul.


2. Mudah Didapati
Ingat jual macam jagung manis kat pasar malam ke. Kecuali jika anda mempunyai preskripsi daripada doktor yang bertauliah, maka anda mempunyai akses kepada steroid bergantung kepada penggunaan anda. Anda boleh sahaja mendapatkan steroid daripada blackmarket berserta dengan risiko yang anda sendiri tanggung.-Sumber


Apakah pilihan saya untuk workout yang lebih selamat. Jawapan bagi soalan ini ialah diet yang seimbang. Harus diingat steroid mungkin memberikan anda extra energy yang membawa kepada extra muscle dalam jangka waktu yang singkat [8 minggu memang dah kaw2], tetapi kebergantungan terhadap steroid akan membawa kesan jangka panjang yang buruk [masalah kardio dan psikologi].


Alternatif untuk bodybuilding? sumber protein lain seperti makanan harian. Telur,susu,daging dan banyak lagi. Kalau ada duit lebih, anda bolehla membeli susu protein seperti whey protein. Harus diingat, kesan menggunakan diet yang seimbang ialah, muscle yang dibina akan lebih tahan,kuat dan sihat.


nak muscle kena workout..tu je kuncinya...





WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 3

Huhu..Reda dah cerita fasal bola. Bolehla mencari segmen dari blogger. Tambahkan lagi kenalan. Idea bertambah,bercambah dan err..ape lagi nk tulis ne...

Btw, Jumpa blog MISS LIBRARIAN yang sedang buat segmen seperti Tajuk kat atas ne. Meh usha tuan segmen yang manis:p

KLIK PADA GAMBAR UNTUK SERTAINYA


Cepat,tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Nov tengah malam. Ne yang best blog ne ada segmen-segmen macam ne. Apapun,tuan segmen terima kasih ea...till then..c u guys.

.........

Selamanya Harimau Malaya: Lagu Support Gitu dah Muncul

Penjenamaan!!! Mungkin itu kot yang boleh menggambarkan fenomena bolasepak Malaysia sekarang. Perasan tak orang dah mula ambil kisah pemain-pemain kebangsaan?? Gossip tak payah citer..dah berlambak gossip pemain kita orang dok jaja sekarang.. Maksudnya, level bagi pemain bolasepak di negara ini sudah diangkat ke tahap yang sebelum ini orang buat-buat tak tau je..Lagu Harimau Malaya pun bermacam version dah muncul..mak aih..

Meh tengok satu ne...


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

(Altimet)
Inilah tunah tumpahnya darah ku,
Negara pasukan biarlah hanya satu,
Harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju,

Harimau kami cekap gelecek,
Pertahanan lawan tumbang sederet,
Bila turun padang berumahkan gelanggang,
Kalau berani mari bersandang....


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Joe)
Semua berlari hingga tiada keringat,
GOL pertama untuk negara kedua untuk pingat,
Bila atas padang main tak ingat,
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat,

Pernahkah ada harimau yang jinak?,
Jawapannya tidak semestinya lincah,
Penyokong ke stadium beranak pinak,
Untuk mu MALAYSIA kami sana....


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Carleed Khaza)
Hey,nari kita semangat,
HITAM KUNING terpahat,
Mari kita berjuang,
Tempur berperang di padang,

Sekali lagi,
Maju lagi,
Serang lagi,
Gagah berani sebati,

Tidak genat tenang,
Dengar sorakan Gemilang,
HARIMAU MALAYA PASTI MENANG!!!


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

tunggu ada lagu official pulok..

Bengang Dengan Spesis Kecoh Ne..

KickAss...best movie ne hehe

Kadang-kadang jumpa spesis kecoh kepoh ne. Semua benda nak kecoh. Cari kesalahan bukan penyelesaian. Tu la spesis yang semakin bercambah di kalangan masyarakat 1 malaysia ne...

Sekeh kang baru tau..

ngrr..

Pertandingan Video Isu Global: Anjuran UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris menganjurkan pertandingan membuat video berdasarkan kepada tema Isu global. So, kepada korang-korang yang berminat untuk menghasilkan video ini bolehla mengikuti penyertaan ini. Tempat pertama akan dapat RM5000, kedua RM3000 dan ketiga RM2000. Heh..ini baru berbaloi-baloi daripada buat video percuma di 1tube hehe..

Antara syarat penyertaan yang saya dimaklumkan setakat ini ialah, video mestila tidak pernah terbit, merupakan karya asli, manipulasi video tak dibenarkan [CGI kot] dan mendukung tema yang digariskan penganjur. Bahasa yang digunakan boleh dalam 2 bahasa isitu bahasa melayu dan Inggeris ok..

Bagi yang ada bakat atau ingin mencuba, silakan. Ada juga niat nak masuk ne hehe. Hmm...tak dapat RM5000 tu, RM2000 pun jadilah kankankan hehehe..free-free je beli samsung hehe..

Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://ppgab.upsi.edu.my/.

SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :
NAMA : Encik Asrul Effendy Adam Sukarno
Cik Rosmawati Sulaiman 
TEL : 05-4505090 

NAMA :Cik Chin Fei Sing 
TEL : 05-4506595

Buat video dapat duit..senangnya hidup hehe

Wednesday, November 23, 2011

Punca Kekalahan Malaysia [0] Keatas Syria [2]

Sooo, berlalu sudah perlawanan antara Malaysia vs Syria untuk Kelayakan Olimpik 2012. Apa yang anda boleh lihat? Siapa yang bersalah? Siapa buat kesilapan? Kenapa Malaysia Kalah dengan Syria sebenarnya..

Mari sama-sama betulkan mindset seperti diatas. Pasukan bolasepak junior dan senior negara sudah sangat mantap berbanding dahulu. Tak caya?..Dah tu kenapa jersi Malaysia makin laku eh? Siap menang Sukan Sea pulak tu? Wallaweh..dulu orang tak kenal sangat pemain kebangsaan..kenal pun seorang dua sahaja yang betul-betul naik...

Dulu Liverpool tak update pun pesbuk fasal malaysia ne sampai kata "congratulation Malaysia winning SEA games'..oh sory..pesbuk tak ada masa tu..

Back to the story, Permainan menentang Syria malam ini sebenarnya penanda ukur di peringkat yang lebih tinggi. Doakan sahaja agar pasukan kita lebih matang,maju dan melangkah ke hadapan yeahhhh [semangat sensorang]

Apapun, puas hati. Masih terkesan game sukan sea menentang Indonesia hari tu kot. Mereka sudah lakukan yang terbaik.

Yang kurang dibaiki..jangan dimaki...kan..

Malaysia vs Syria: Kuasa Boo Penyokong

Heh..nak tulis fasal Malaysia vs Syria lagi malam ini. Nak tahu detail perlwanan antara Malaysia vs Syria ada pada post sebelum ini. Highlight cerita ada pada penyokongnya. Apa fungsi penyokong? Sekadar menjerit tak tentu hala dalam stadium? Ke saja jadi family trip untuk mengisi masa lapang malam ini?

Teringat kata-kata " kalau pengadil dikatakan emosi..penonton sebenarnya lebih emosi"..

Kalau perlawanan di Indonesia memperlihatkan sebahagian penyokong menjerit BOO kepada pemain Malaysia, agak-agak pemain malaysia 'down' tak? Cuba kalau penyokong menyokong penuh team Malaysia malam ini. Agak-agak semangat naik tak? Rasanya tak perlu kot tiru adab tak bertamadun sesetengah pihak di arena sukan kankan..

Kita harap penyokong Malaysia boleh mengawal keadaan tanpa perlu melibatkan Laser Ultraman dan Boo yang tak bertamadun. Tapi kalau ada yang mahu mem'berukkan' diri pun rasanya tepuk dada tanya selera kot..

Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga-Kerana Beruk Saekor, punah maruah kesemua penyokong..tak mau la macam tu kan..

Rasanya kumpulan sorak kita dah amek pengajaran dari yang lepas-lepas kot..Insyaallah lah yer..

Et..et..jangan ngaku..jangan ngaku

............



Pendatang Asing di Sabah: Isu Berulang

Berapa banyak Cerita
Berapa penggal pilihanraya berlalu
berapa dasar di laksana
Berapa akhbar bercerita
Berapa tangkapan dibuat
Berapa rakyat tempatan menderita
sehingga sudah sangat lama
sangat lah lama sehingga beranak pinak
sehingga boleh claim mykad
"hey kamu..Sabah ini aku yang punya"
Projek IC apa cerita
Sekarang sibuk dengan Awang Hitam
Pati terdahulu masih berlenggang
Sehingga ISA dibubar


Aku rakyat biasa merasa sangat Jengkel...

Syria vs Malaysia: Siri Kelayakan Olimpik 2012

Belum habis lelah dan aura kemenangan keatas perlawanan menentang Indonesia di sukan Sea 2011, malam ini Malaysia menentang Syria akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam. Perlawanan antara Malaysia vs Syria ini sekali lagi akan menguji ketahanan mental dan fizikal Harimau Muda ke tahap yang labih tinggi lagi.

Semestinya semua orang akan mendoakan kejayaan berganda keatas Malaysia bertemu Syria malam ini. Siaran Langsung? Ada tak ada ne? Jangan risau, siaran langsung akan diadakan melalui siaran langsung di Tv2 dan Astro Arena rasanya. Selain itu, alternatif siaran langsung lain bagi mereka yang mempunyai internet boleh melayari Online Streaming perlawanan ini. Tahu tak? taip je kat google online streaming tv Malaysia..


Ong Kim Swee kata apa? 

"Kim Swee amat menagih 'bantuan' penyokong' tanah air untuk memberi 'suntikan tenaga tambahan' buat pemain cuba meragut sekurang-kurangnya satu mata daripada Syria yang terdahulu menewaskan Bahrain 3-1 pada aksi pertama 21 September lalu' [Berita Harian].

Ayuh rakyat Malaysia, kita berpeluang untuk bersorak di gelanggang sendiri kali ini. Liverpool status di FB pun dah kata tahniah buat Malaysia. Buka mata dunia..Malaysia Boleh!!!

team nasional..melonjak lebih tinggi!!

Patutla Perempuan Suka Filem Korea

Dua malam dah tengok citer korea..hehe serius beb. Best. Tulis entri ne baru je habis tengok ne dengan member laki. Jalan cerita yang kreatif, plot yang sukar dijangka, teknik penyampaian yang sukar dijangka, unsur humor. Semua ne tak ada dalam filem-filem seperti Filem hantu yang merosakkan pemikiran anak-anak dan ehehehe..gurau-gurau....jangan amik hati naa...

Meh tengok Kimssi Pyoryugi [2009]...

Memula nak bunuh diri sebab hutang

Tersadai kat pulau tengah bandar...kreatif kan scene ne..
survival

Enjoying Life..alone

Otaku Girl [tau tak mende ne?]-stalker dari bangunan seberang sungai

At last..
Kekuatan cerita bukan pada aksi or romantik or kelakar or lawak yang dibuat-buat. Ianya terletak pada jalan cerita...plot yang sangat menarik. Oh ya, watak yang terlibat hanya kurang dari 10 orang. Can you see the difference? Tak perlu berterusan cerita hantu ne hehe...sekali lagi saya bergurau ea...hehe..

Its about quality..

Tuesday, November 22, 2011

Segmen: Jom Blogwalking Bersama Eiqa Azra


Meh Join Girls buat segmen
Dapat tau segmen ne dari NurulAuni [tq]

Kalau Nak Join sama Klik Dekat Gambar kiut-miut atas tu Orait?

Dengan ini saya tag:


Tengkiu Miss Eiqa


Buka Mata: Natijah Persengketaan Bersaudara



Tak semena-mena agama juga jadi sandaran. Siapa dia ne? Orang Indonesia? Orang Malaysia?

Indonesia Bukan Seburuk Itu

Puas Hati tengok bola semalam? Tapi tak cuti kan hehe. Masih membara lagi kemenangan Harimau Muda khususnya di hati rakyat Malaysia. Apatah lagi ianya merupakan kemenangan kedua selepas team senior meraih kemenangan sebelum Ini. Pasukan Garuda serba merah tumpas di gelanggang sendiri. Atas dasar semangat kesukanan, 1 Malaysia [27 juta secara kasar] menunggu, menonton dan menghabiskan masa 140 minit depan kaca TV. Usaha yang sangat berbaloi.

Tak perlu rasanya provokasi penyokong Indonesia berlebihan. Jika kita juga melakukan perkara yang sama, maknanya kita juga tak ubah seperti penyokong yang fanatik tersebut. Eh??jap...semua penyokong fanatik ke??

Cuba p Indonesia, tanya tentang Malaysia, akan dijawab err...Manohara..Amah err..bubarkan pasukan RELA..that kind of stuff. Tapi kita rakyat Malaysia disini tahu perkara itu hanya dilakukan oleh sebilangan kecil dan bukan mewakili keseluruhan penduduk Malaysia..

Biasa la tu..Media nak cari cerita..media tak akan publish benda yang tak HOTT gitu..hanya dibesarkan sehingga menggambarkan keseluruhan rakyatnya...alaa..senang citer cuba tengok akhbar kerajaan dan pembangkang..ala-ala gitu..

Fair and Square la Broo..
Tahniah Malaysia dan Indonesia kerana membuatkan ramai orang habiskan masa 140 minit semalam. Permainan terbaik dari kedua-dua pasukan.!

part best tengok student pompuan kumpul n jerit reramai...hehe

Err...Esok Tak Cuti...

Caya tak caya tak caya tak caya..tengok ne..

Eh..Sory2..bukan tu...Klik Kat Link Ne..Status Twitter PM tercinta..

>>>KLIK KAT SINI<<<


##Update: Perhatikan tarikh...hehe..sure tak sure ne..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...