Sudi Jadi Teman?

Saturday, November 20, 2010

Home » » Kenapa Masyarakat Mudah Menerima Konsep Maher Zain

Kenapa Masyarakat Mudah Menerima Konsep Maher Zain

Siapa tak kenal Maher Zain seorang penyanyi dan pendakwah yang semakin melonjak naik. Saya sendiri sangat tertarik dengan konsep dan penampilan beliau [tak tahu plak kalau ada yang tak suka beliau-jika ada cepat2 tutup window artikel ini hehe]. Bukan apa, sahaja terpanggil untuk memberikan buah fikiran. Saya  bukan religious sesangat pun. Hanya sebagai satu perkongsian dan percambahan kepada pemikiran yang lebih terbuka.

Popular dengan albumnya Thank You Allah, Maher Zain berjaya menarik peminat khususnya di Malaysia. Cuma, pernah orang terfikir dimana letaknya kekuatan pembawaan Maher Zain sehingga beliau mampu membuka mata semua umat Islam dan bukan Islam terhadap konsep sebenar yang dibawakan oleh Islam.

Dalam erti kata yang lain, melalui pembawaan Maher Zain, isi utama yang beliau cuba sampaikan itu sangat mudah diterima semua pihak. Cuba search kat mana-mana. Saya pernah melihat orang bukan islam tertarik dengan konsep "keamanan" yang beliau cuba sampaikan [ada gak yang prejudis..mesti punya la].

Ini hanya pendapat saya dan diharapkan tiada isu lain yang timbul plak [hehe]. Antara perkara menarik mengenai Maher Zain yang dapat dilihat ialah:

  • Muzik kontemporari dan asli- Beliau mengaplikasikan muzik moden dalam dakwahnya. Sebab itu golongan muda mudah untuk menerimanya
  • Lirik yang sederhana dan bersahaja- "Yes its easy to blame everything from the west, when in fact the focus should be on ourself". Antara lirik beliau yang membuka mata [saya khususnya]
  • Simbol kepada Kemajuan Islam- Saya melihat beliau sebagai satu ikon kepada umat islam yang maju dari serba serbi [op kos ler beliau ada kekurangan]. Pendidikan= Bachelors degree in Aeronautical Engineering, pakaian dan cara hidup moden yang masih berpegang kepada syariat. Kemajuan Pemikiran: Segalanya bertolak titik dari tindakan umat Islam kenapa Islam seperti ini pada hari ini. Tidak sepenuhnya menyalahkan orang lain "kafir itu kafir ini"-contoh ler
  • Berjaya mengadaptasi kemajuan moden dari barat.-Lihat sahaja videoclip rasmi lagunya yang bertajuk "The choosen One". Beliau menunjukkan cara hidup Rasulullah dalam konteks yang lebih moden tetapi masih kekalkan nilai yang Rasulullah s.a.w sampaikan.

Hanya sebagai satu pemerhatian dan bukannya bertujuan apa-apa. Cukup terkesan dengan pembawaannya. Jika ada kesalahan tolong betulkan saya. Saya ulangi lagi, sebab saya tak arif dalam hukum hakam agama. Ada juga golongan yang menyatakan bahawa muziknya melalaikan sebab menggunakan instrumen yang tidak dibenarkan. Saya takkan komen part tu lebih-lebih [selamatkan diriiiiiiiiii hehehe]


 **beliau berjaya membuka mata dunia dalam lagunya bahawa Agama Islam bukan berteraskan kepada keganasan, Ya atau tidak?..Fikirkan sendiri**
Comments
1 Comments

1 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...