Sudi Jadi Teman?

Saturday, November 27, 2010

Home » Luas Pandangan, Jauh Perjalanan

Luas Pandangan, Jauh Perjalanan

Teringat seorang kawan. Jauh datangnya. Dari Iraq. Seorang Cikgu di Iraq. Namanya Farhad Akrayi. Ingatkan saya balik sabah dah cukup lama dalam flight. Dia lagi lama. 8 Jam! 2 kali transit.


Hari pertama datang Malaysia, dia kata dia kena culture shock. Sebab hujan hehehe. Dia tak suka hujan. Tempatnya ada salji. X biasa kot. Saya suka cara berfikirnya. Dia kata, kita harus keluar dari zon selesa baru maju. Kalau berada di tempat yang sama sahaja tak ada perkembangan.

Satu hari, dia nak ke kedai gunting rambut. saya temankan dia. Saya bawa motor. Saya hulur helmet. Lepas itu:

Saya: Take this. U have to put it like this [saya masukkan helmet]
Farhad: Noooo...Thanks. I dont want
Saya: erk..seriously, u have to..its not an option
Farhad: U kidding me right? [muka hairan+tensen sbb kena suruh pakai helmet]
Saya: Or, We will get caught. 

Saya x terer english. Tp dah dia dengan saya. Nak kena cakap juga. Dia amik TESL [kursus english]. Sepanjang naik motor p kdai gunting, dia depa kan tangan [macam dalam titanic] sambil jerit-jerit. Ish mamat ne, malu wei orang tengok. Tapi takpe ler, dah dia suka sakan.

Dia kata orang Malaysia banyak membazir. Tapi peramah. Kemudahan banyak kat sini katanya. Saya tanya lagi, tempat kamu bukan perang ke? [soalan cari nahas]. Dia kata tempatnya aman. Yang bergolak tu jauh dari tempatnya.

Dia kata english saya teruk. Macam student saya katanya hihihi [sebab dia master saya degree]. Tak apala, yang penting kita BERANI GAGAL. Hentam je la Labuuuu.

Sekarang dia dah kat Iraq balik. Masih contact di FB. Dan dia masih mengajar lagi.

The End.

**mari keluar dari zon selesa. Pinggirkan segala yang negatif. Terokai peluang yang ada. Peace Malaysian:)
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...