Sudi Jadi Teman?

Sunday, November 21, 2010

Home » , » Radio Online Sendiri: Bagaimana dan Dimana

Radio Online Sendiri: Bagaimana dan Dimana

Semua orang guna internet. Ada macam-maca yang ada di internet. Termasuklah juga radio yang menggunakan talian internet sepenuhnya dan bukan menggunakan gelombang/frekuensi radio biasa. Sewaktu saya bekerja dengan pihak Kolej sebelum ini, saya berkesempatan untuk membuat research bagaimana untuk membuat radio dimana kita sendiri merupakan Dee Jay nya. Prosesnya sangat mudah dan boleh dibuat oleh semua orang. Terdapat satu contoh stesen yang saya telah buat sekarang ini dikendalikan oleh kawan saya. 

Contoh: Silakan Klik untuk melihatnya Disini

Hanya berbekalkan laptop dan microfon, beliau berjaya mendapat pendengar yang setia dari segenap ruang yang menggunakan talian internet tak kira dalam dan luar negara.[katanya ada dari unvrct Lincoln hehe]


 Terdapat 2 perkara yang anda harus lakukan iaitu:

 A) Mendownload Perisian ini, Namanya Virtual DJ [pergi ke Google dan Taip je virtual dee jay hehe.cari cracked version]


 Setelah itu, ikut sahaja step yang diberikan dalam website diatas untuk memasang radio kamu sendiri. 


Banyak juga faedahnya nanti. Boleh ber de jay sambil promote sesuatu barang. Nak tarik pelanggan ataupun sekadar suka-suka sahaja. Ada kaedah alternatif untuk radio online ne. Setahu saya program seperti JetAudio pun boleh cast radio. Selain dari itu Winamp pun boleh juga. So, kepada sesiapa yang punya propaganda tu bolehla mencipta radio sendiri.

Hanya sekadar satu perkongsian. Bak kata kawan saya Ilmu Tuhan bagi-bagi hehe.


**dah cipta malas plak nak handle hehe. kesimpulan=bagi kat kawan. Pasne nak ajar plak nak cast TV sendiri hehe**
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...