Sudi Jadi Teman?

Wednesday, November 24, 2010

Home » , » Minda Separa Sedar/Subconcious Mind

Minda Separa Sedar/Subconcious Mind

Sekali sekala selitkan entri yang berilmiah sikit ok gak kan. Baiklah, kita mulakan.

Tak tahu jika ramai sudah yang mengetahuinya. Kalau belum dengar, teruskan pembacaan anda. Tak membahayakan kesihatan pun. Mungkin sedekah ilmu untuk mereka yang belum pernah mendengarnya.

Saya akan terangkan setakat yang mampu sahaja . melalui pembacaan lepas-lepas. Nanti nak tahu lagi lanjut, bolehla pembaca teruskan kajian sendiri lak. saya rasa part ne menarik sebab ada pada semua orang.

Persoalannya, apa itu Minda Separa sedar atau dalam ayat orang kampung nenek belah pakcik saya Subconcious Mind?

Subconcious merujuk kepada minda bawah sedar manusia [ayat berulang?..sory2]. Manusia ne ada 2 tahap, satu sedar satu lagi tidak. Minda sedar ialah apa yang kamu fikir sekarang. Perkara yang kamu sedar dan tahu kamu sedang memikirkannya. Boleh setakat ini? [tgh berlatih untuk ajar murid2 hehe]

Minda separa sedar ialah perkara yang kamu tak tahu sedang berlaku tapi kamu sedang memikirkannya, Atau kamu setuju mengenainya.

Contohnya 1: Seorang penceramah suruh pelajar untuk menyatakan "saya boleh" dalam hati berulang-ulang kali selama 10 minit.

Apa proses yang berlaku ialah, penceramah tersebut cuba membuatkan minda separa sedar murid-murid supaya mereka boleh [dalam exam la kan] berjaya.

Alasan bagi keadaan itu sangat mudah. Apabila minda bawah sedar kita setuju bahawa kamu boleh, maka kamu memang boleh.

Contoh 2: Perhatikan iklan. terdapat sesetengah pernyataan yang dibesarkan (bold), atau diulang-ulang kali dalam TV. Perkara yang berlaku ialah, pengiklan cuba meyakinkan minda separa sedar pembeli untuk bersetuju dengan pernyataan iklan tersebut. Bila bersetuju agak-agak apa korang rasa? *orang sabah selalu jawab oren bila tanya soalan ne hehe*

Moral: Ya, kita mampu melakukannya. Set dalam hati k.

Cukuplah setakat ini. Nanti ada yang bosan baca hehe. Semoga info ini bermanfaat bagi pembaca.

Lepas ne kita Xplore mimpi plak. Ada yang menarik tentang mimpi. Nak g makan jap....
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...