Sudi Jadi Teman?

Saturday, November 27, 2010

Home » Michael Moore: Sicko 2007-Healthcare

Michael Moore: Sicko 2007-Healthcare

Ter "tengok" dokumentari yang dibuat oleh Michael Moore dalam dokumentarinya yang bertajuk Sicko 2007. Memperjuangkan universal healthcare for American. Dokumentari ini diterbitkan pada tahun 2007 dan saya kira sangat baik untuk ditonton bersama. Membandingkan servis perkhidmatan perubatan US dengan negara France, British dan Cuba.



Jika anda berada di US, ubat lelah dibeli pada harga US Dollar 250 yang hanya memakan kos 0.5 Dollar di Cuba. Menjelaskan bagaimana agensi yang menyediakan perkhidmatan perubatan menyalahgunakan perkhidmatan dengan mengutamakan 'profit' atau keuntungan. Less Care More Benefit. Mendedahkan juga bagaimana seseorang individu tidak boleh mendapatkan perubatan sekiranya insuran tak luluskan perbelanjaan perubatan.

Malaysia?..masih ok lagi kot. Sebab belum sampai tahap membuang pesakit yang tak dapat bayar belanja perubatan. Sebuah dokumentari yang berbaloi untuk dilihat. Biar buka sikit mata tu hehehe.

Meh tengok Review
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...