Dijadikan cerita pada hari ini bersamaan dengan hari Raya Aidil Adha saya telah mengalami peristiwa besar dan yang pasti tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila sepanjang pengajian saya di UPSI yang terindah ini.
Lebih kurang jam 10 lebih tadi, sahabatku Mr. Frenchy mempelawaku untuk mencari makanan di kawasan sekitar. Kelaparan melanda sbb tak makan lagi sejak dari pagi. Maka, saya pun turun mencari makanan bersama beliau. Kami berdua berjalan kaki.
Sasaran pertama=Gerai Makcik Slow sebelah trafik light. Sesampai sahaja disana kedai tutup. Nasib la ada kedai hujung. Melepak la kami di kedai tersebut selama setengah jam. Order tak sampai-sampai. Saya yang dah bengang+lapar segera ke kaunter dan berkata dengan pelayan tersebut "Bang..Order?"..lantas disahutnya "sekejap ye"..
30 minit menunggu tak sampai2. Lalu kami putuskan meninggalkan kedai itu. Setel!!
Sasaran Kedua= Dusun Bay. Berjalan kaki lagi dalam 7 minit. Dari jauh nampak kegelapan. Confirm tak da orang.
Sasaran Ketiga=kedai mamak Taman U. Berjalan lagi dalam 10 minit ditemani lori-lori besar yang laju. Dari jauh kegelapan kedai tersebut. Confirm tak ada orang juga.
Sasaran Keempat=Kedai mamak depan Kuil sebelah Traffic Light bersebelahan kuil. Setelah berjalan dan berjalan dan berjalan>>>>>>> Gelap???
Kamiberdua menyelusuri deretan kedai sampai hujung. Sebelah Secret Recipe ada kedai buka. Tersenyum girang + Penat menjumpai kadai mamak. Duduk dan Hentam nasi goreng ayam. Mr. Frenchy menghentam roti canai 2 layer sekaligus. Persoalannya kami dah x sangup berjalan kaki semula ke Bahtera Arked yang sejauh 6 kilometer huaaaaaa:((((
Segeraku menelefon Philip anak Lamit. Nasib baik dia ada motor. sempat makan sama dan semua bil dibayar oleh beliau hehe. Uang alik amik kami berdua tadi. Syukur sampai rumah jam 12 lebih...
Terfikir sejenak waktu duduk2 kat bawah rumah "Pengorbanan di Hari Raya Korban"
Kakiku Yang Terkorban
Arked di Kala Cuti (yang ada hanya hantu2 yang x dapat ditangkap oleh kamera saya)
Hmm..post la...pasne nak lawan game Company Of Heroes sampai pagi yeahhh....