Sudi Jadi Teman?

Saturday, November 20, 2010

Home » » Celcom dan Broadband

Celcom dan Broadband

Saya telah membeli Celcom Broadband awal tahun ini. Beli modem dan Sim asing-asing.Maksudnya, saya beli lain-lain masa. Tujuannya, elakkan pakej yang bakal menjerat diri sendiri dengan "kontrak" yang nyata membuatkan anda susah satu hari nanti. Dengan pakej 68 ringgit sebulan dan kuota sebanyak 5 Gb, saya menggunakan celcom broadband dengan berhemah [hehehe].

Selepas beberapa bulan, dipendekkan cerita saya x dapat membayar bil bulanan beliau disebabkan prioriti aliran kewangan saya yang lain [konon]. Maka talian internet saya di putuskan. Dah tu tiap minggu ada orang call suruh bayar [padan muka]. Pada bulan berikutnya saya berjaya membayar kesemua bil. Tunggu 1 hari untuk pengaktifan semula setelah ber 'dating' sekejap dengan operator celcom.

2 bulan kemudia ditakdirkan saya tak dapat membayar lagi bilnya. Diputuskan lagi taliannya. Saya meminta tempoh untuk menjelaskan bil bulanan tersebut. Dalam sebulan rasanya tak terbayar lagi. Yala, mana saya nak korek duit. Dah beso2 cenggini takkan nak call mak bapak plak. duit gaji kerja ngan kolej plak dah dikebas oleh PC yang saya baru beli sebab laptop lama rosak

Dipendekkan lagi cerita, maka nama saya telah di BLACKLIST. Dan berikut merupakan antara penangan blacklist yang saya kaji dan saya tanyakan kepada orang yang selalu call saya dan operator celcom dan setelah saya surf internet mengenainya:

  1. Tak dapat beli broadband baru
  2. Tak dapat beli sim biasa yang baru (yang sedia ada x kacau la)
  3. Kalau dorang anta nama tu g bank..amacam?
  4. Beli nmbor broadband selain celcom cam Digi ke Maxis pon x leh gak
Sekarang dah setel dah [gumbiranya hati hahahah]. cukup duit dan saya terus p membayarnya. Pernah juga untuk meminta 'temporarily disable' kan connection tapi dorang kata mesti anta fax tunjuk sebab. hapeke jadahnye?... memang kaw2 punya sistem da..kalau internet conncection mantain laju takpe gak [kankankan]

Jadi kepada insan-insan di luar sana yang teringin nak ber broadband tu beringatlah selalu hehe. Celcom tak kan tahu kadar kewangan anda dan tidak mahu tahu pun mengenainya.

**pasne nak g praktikum kat Klang. mesti beli brodband baru. Apa yang paling best yer?..hmmm...nak beli balik juga ne sebab nombor lama dah tak leh pakai

Broadband: Satu Keperluan dah zaman ne (ne la broadband keramat gua)

Masih mencari-cari lagi broadband yang sesuai sekarang. Nanti saya nak guna kat Sabah gak nanti. Dah ler kampong saya line celcom pon xd...sadis huhu..
Comments
7 Comments

7 Sahabat Berkata:

Awangku Johan said...

Hahaha.. tak pa nnti kaya la demo ar..
kan keje kat kolej.. hehe.. wah Ben Ashaari pun add hg.. haha.. bangga kita.. Amacam keje kamu? ok ka?? nda jg bekusut?? hahahaha

Orange said...

hehe..En. Ben ini sangat 'user friendly' orangnya..credit to him hehe. Kerja?...saya angguk je kalau diberi kerja..nak bantah nanti kena cop...kerja dua tiga kali benda yang sama tak payah cerita la..bnyak kali hehe

Anonymous said...

hahaha saya dah serik guna cikcom :)) dua tahun guna line totap mcm siput lapor! tukar ke p1.. ermm not bad, tapi apakandaya saya kena berpindah kerana tugas. tmpt baru p1 lak xde!! sorang member rekomen maXis. waaaa.. sunggOh puas hati. bila2 boleh top-up kalo pakej abis. bila2 boleh upgrade & downgrade pakej seronot x3 :P

Orange said...

komen cenggini sy tunggu...Maxis bleh upgrade downgrade yer?..nanti sy kaji Maxis ne hehehe

i Loike This! said...

Celcom lembab (!), tak payah pakai, pakai DiGi yang unlimited punya je, berbaloi-baloi, takde bagi bandwidth, download je sesuka hati, tapi ada time-time dia lembab jugak, tapi tk kerap sangat. RM25 pek permulaan, pastu rm2 sehari. memang berbaloi gila, tak hengat ;D

Orange said...

RM 2 sehari..sebulan=60 sebulan la yek...apakah nama package Digi tersebut?...nak kaji gak ne..lagi cool perkataan UNLIMITED tu hehe

Anonymous said...

Salam ...
broadband dah ada macam2 ... pandai la pilih yang mana satu .. ada ok dan ada tak ok. Tgk apa yg anda inginkan.

http://hasrulhassan.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...